Kejadian ini diceritakan secara turun-temurun. Kisahnya begini pada
suatu ketika, ada sepasang suami isteri dan seorang anaknya tinggal di
atas bukit agak jadi dari perkampungan.
Dipendekkan cerita, si suami jatuh sakit lalu meninggal dunia.
Menangislah si isteri mengenangkan nasibnya yang ditinggal mati.
Kebetulan kematian si suami berlaku pada waktu malam jadi si isteri
mengambil keputusan menunggu esok pagi untuk memberitahu orang kampung
tentang kematian suaminya.
Sedang
dia duduk menunggu mayat suaminya, tiba-tiba ada seorang tua meminta
izin untuk menumpang tidur. Orang tersebut membahasakan dirinya sebagai
atuk. Sambil mereka duduk bersembang, si atuk tak lepas dari memandang
mayat suaminya. Orang tua itu mula menanyakan sebab kematian suaminya
perempuan tersebut.
Setelah
diceritakan orang tua tersebut mula bermain dengan tangan si mati
sambil berkata “kesiannya cucu ku ini sudahlah mati, terpaksa berpisah
dengan anak dan isteri”. Selepas berkata orang tua itu tiba-tiba
mencabut jari si mati lalu memakannya.
Nak kemana cu?” tegur tetamu-tetamu itu. “Saya nak pergi ambilkan air, kan tak elok makan tanpa air” Balas si isteri. “pergilah jangan lama-lama” kata tetamu itu lagi.
Esoknya setelah sedar dari pengsan, si isteri menceritakan apa yang terjadi padanya semalam. Maka orang kampung berpakar pergi ke rumahnya untuk melihat keadaan mayat si mati. Sampai disitu tiada apa yang tinggal melainkan tiang rumah.
0 comments:
Post a Comment