Pada suatu ketika dahulu, hiduplah seorang lelaki yang sederhana di
sebuah kampung, bernama Nizamudin. Dia mempunyai seorang isteri yang
sangat cantik dan sangat disayanginya.
Namun begitu, sang isteri mempunyai perangai yang buruk iaitu suka
membebel dan teramat cerewet sekali. Selain itu, isteri Nizamudin juga
suka mengumpat dan mengata tentang keburukan orang lain.
Bukan
itu sahaja, malah dia juga suka bercakap dengan kuat hingga boleh
menyakitkan telinga orang yang mendengarnya. Disebabkan itu, jiran
tetangga tidak mahu dekat dengannya.
Sebenarnya,
Nizamudin sangat menyayangi isterinya itu, tetapi para tetangganya yang
merasa terganggu menghasut Nizamudin supaya meninggalkan isterinya itu.
Akhirnya
Nizamudin pun termakan kata-kata jiran tetangganya. Beliau berfikir
bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi ini.
Suatu
hari Nizamudin mengajak isterinya berjalan-jalan sambil mencari
buah-buahan di tengah hutan. Ketika berada di hutan tersebut, Nizamudin
melihat sebuah perigi buta yang sudah tidak digunakan lagi.
Maka
dia pun berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar
yang tumbuh berdekatan dengan perigi itu. Lantas dengan pantas Nizamudin
menolak isterinya itu masuk ke dalam perigi.
Sepuluh
minit pertama Nizamudin merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya
baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh
isterinya.
Sepuluh
minit kedua, Nizamudin mulai merasa sepi kerana tidak biasa dengan
kesunyian. Akhirnya pada sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu
Nizamudin kembali semula ke perigi buta tersebut.
Nizamudin lantas bertanya, “Kenapa kamu yang naik??” Lantas makhluk itu pun dengan wajah yang menyampah menjawab, “Aku stress la, di bawah tu ada manusia. Dah la bercakap kuat, cerewet pulak tu! Aku dah tak tahan, sebab tu lah aku naik.”
0 comments:
Post a Comment