afbcash Casino Online
Poker Online Jarawa Domino

June 19, 2019

HANTU IBU MENGANDUNG CARI MAYAT BAYINYA

Kisah ini bermula dengan kematian tragis seorang pelajar perempuan yang sarat mengandung. Kematian perempuan ini dipercayai dibunuh oleh kekasihnya sendiri yang juga merupakan cikgu di sekolahnya.

Untuk menutup perbuatan sumbang antara cikgu dan pelajar. Guru tersebut mengambil keputusan untuk membunuh pelajar tersebut yang merupakan kekasihnya. Namun begitu, sebelum dibunuh pelajar tersebut telah dipujuk oleh kekasihnya (cikgunya) untuk menggugurkan kandungannya tapi malangnya pelajar tersebut tetap berdegil dan tetap berkeras untuk melahirkan dan membesarkan anak tersebut yang merupakan hasil dari hubungan terkutuk itu.

hantu
Setelah perempuan itu dibunuh, mayatnya dibuang di sebuah paya dan ditemui oleh keluarganya selepas beberapa hari. Upacara pengebumian pun dijalankan dan mengikut kepercayaan orang dulu-dulu mayat ibu mengandung perlu dipisahkan. Ini bermakna anak dalam kandungan perlu dikeluarkan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan si mati menjadi hantu dan menganggu orang lain.
Namun, seorang pengamal ilmu hitam telah mencuri mayat bayi tersebut sebelum mayat itu sempat dibakar. Oleh kerana mayat bayinya dicuri, si ibu mula bangkit menjadi hantu dan kembali membalas dendam untuk menuntut kembali mayat bayinya semula dengan menggunakan perempuan lain yang sedang mengandung
.


hantu

Akhirnya, dia berjaya membunuh kesemua mereka yang terlibat dalam pembunuhnya dan juga mereka yang mencuri mayat bayinya.

0 comments:

Post a Comment