afbcash Casino Online
Poker Online Jarawa Domino

July 13, 2019

Tangisan Misteri pukul Dua Pagi di Rumah

tempat : rumah sendiri
masa : malam (2-4pg)tahun 1994
suspek : pontianak
mangsa : aku la....

Alkisah malam kejadian tu aku tido awal...bilik aku berkongsi dgn adik aku no 2...tgh lena tido tbe2 aku terjaga mengejut.. dalam samar2 cahaya bilik tu aku terdengar suara bayi menangis..makin lama makin kuat bunyi tangisan tu..aku sangkakan adik aku yg kecik umur belom smpai setahun menangis...dalam hati aku merungut mak ayah aku tak jaga ke adik menangis kuat tu..

Walaupun aku cuba abaikan bunyi tangisan adik aku tu tapi terasa kesian pulak mungkin adik aku lapar.. Dalam keadaan mengantuk tu aku gagahkan diri bangun untuk ke bilik emak ayah aku... smpai bilik mak ayah aku, aku terkejut bila tgk adik aku sedang lena tido sebelah emak aku... sedangkan bunyi tangisan makin jelas kedengaran...

Perasaan ingin tahu tiba2 menguasai diri tapi bunyi tangisan bayi diselang-seli salakan anjing yang bersahutan membuatkan suasana menjadi agak seram...aku ke ruang tamu dan dapur rumah cuba mencari suara bayi menangis tu tapi tak jumpa kerana tangisan tu seolah2 kedengaran sekeliling rumah... 

Setelah puas mencari namun xjumpa jugak, aku pun ke bilik tido.. tanggapan aku mungkin suara anak jiran.. bila aku baring je atas katil, aku dpt dengar dgn jelas rupanya suara tangisan bayi tu hanyalah di luar tingkap bilik aku je...katil aku yg memang berada disebelah tingkap je.. aku bangun dan rapatkan telinga ke tingkap...mmg sah, bunyi tangisan mmg datang dr luar tingkap bilik aku...

Aku segera kejutkan adik aku, tapi adik aku mmg tido mati walaupun aku goncang tubuhnya dgn kuat...aku ke bilik mak ayahku nak kejutkan mereka tapi tiba2 entah macamnana hatiku terdetik nak pegi bukak tingkap dlu..aku cuba kuatkan semangat utk bukak tingkap bilik aku tu...belum sempat tingkap itu terbuka habis tiba2 suara bayi tu terus bertukar suara perempuan mengilai..mengilai sambil ketawa...aku segera tutup balik tingkap bilik terus melompat atas katil..aku tutup muka aku dgn selimut namun suara hilaian yg semakin nyaring tu semakin dekat dgn aku...terasa empunya suara tu berada dalam bilik aku je... dalam keadaan yg aku sndiri tak faham tu aku baca ayat-ayat suci al-Quran sehingga aku terlelap...sedar2 emak aku kejutkan aku untuk bersiap ke sekolah dan serentak itu jugak peristiwa semalam kembali bermain difikiran aku...Wallahualam...


* rupanya peristiwa tu hanyalah permulaan shaja..lain kali aku cerita balik kisah lain...

0 comments:

Post a Comment