afbcash Casino Online
Poker Online Jarawa Domino

May 22, 2019

HOTEL SERAM DI TENOM, SABAH

HOTEL SERAM DI TENOM, SABAH,
Assalammualaikum semua pembaca FS. Sebelum tu terima kasih FS kerana sudi publish cerita saya ni. Ini adalah pertama kalinya saya berkongsi cerita diruangan ini setelah sekian lama menjadi pembaca setia cerita2 anda semua. Kisah saya ni berlaku sekitar tahun 2009 dan tidaklah seseram mana sehingga tarbawa-bawa dalam mimpi anda semua, tapi keseramannya hanya suam2 kuku saja…

Ok sebelum tu saya Sya berasal dari Kota Belud. Saya bekerja di salah satu Jabatan Kerajaan di sini. Pada hari selasa bekerja, saya menerima surat untuk menghadiri satu mesyuarat, selalu nya jika ada mesyuarat yang melibatkan seluruh negeri, jabatan akan buat di Ibu Pejabat Negeri sahaja, iaitu di Mini Putrajaya Kota Kinabalu. Tetapi entah kenapa pula kali ini jabatan mau bawa mesyuarat pula jauh-jauh saaaanaaa Tenom. Mungkin mau tukar-tukar angin ], kebosanan asik2 meeting di KK saja.
Mesyuarat itu pada hari Khamis, 1 hari saja bah, start jam 8pagi. Senang juga lah hati sebab dari daerah 4 orang wakil. Jadi dari Kota Belud Saya, Kak Sue, Abg Yus dan Abg Maj yang wakil daerah. Oleh kerana jarak Kota Belud dan Tenom tu jauh, 5-6 jam perjalanan macam tu, kami pakat naik 1 kereta sahaja dan bergerak awal sehari, iaitu hari rabu tu kami nak gerak supaya tidak rushing esoknya. Kebetulan pula jabatan ada beri penginapan 1 malam di sebuah Hotel di Tenom, dan mesyuarat tersebut juga diadakan di Hotel tersebut.

Perancangan untuk berjalan pun dah diatur, kami berempat guna satu kereta sahaja, iaitu kereta Abg Yus. Alhamdulillah perjalanan selamat ke destinasi. Lebih kurang jam 2 petang kami sampai ke Pekan Tenom. Dari jauh kami dah Nampak Hotel yang nak dituju, ia berada di atas bukit dikelilingi pokok2 seperti dalam hutan. Bangunannya pula seperti bangunan lama, catnya pun seperti dah terkopek2.Laluan menuju ke Hotel tersebut sedikit mendaki dan sepanjang jalan mendaki tu memang ada pokok2 tinggi yang melindungi jalan tersebut. Sampai di perkarangan parking hotel tersebut, adalah dalam 5 buah kereta yang parking. Dalam hati Sya mungkin kami antara yang terawal.

Kedudukan hotel ni pula, diatas bukit, satu2 nya bangunan yang ada disitu, tidak ada bangunan lain atau pun rumah2 yang berdekatan. Lobi hotel dan kawasan parking menghadap bukit yang masih semak dan ada pokok2 tinggi. Belakang hotel pula menghadap Pekan Tenom. Bangunan ada 5 tinggkat lah macam tu.

Masuk saja ke lobi, terus perasaan saya semacam, bahagian lobi tu suram saja, keadaan macam lembab jak. Kami terus ke kounter pendaftaran untuk chek in. Sya dan kak Sue sebilik dan kami diberi bilik di tinggkat 4. Selepas diberi kunci kami ke lift untuk naik ke bilik. Lift ada dua, tapi yang berfungsi hanya 1 lift saja. Lift pula macam dah lama tak diselenggara,bunyi lift membuatkan perasaan tidak selamat pun ada. tapi tak apa lift tak selenggara tidak berapa seram berbandingkan bila sampai ke bilik.

Sesampai saja dipintu bilik dengan lafaz Assalammualaikum Sya dahulu melangkah masuk. Tiba-tiba meremang bulu tengkuk, kepala Sya seperti kembang besar sebesarnya. Sya jelling Kak Sue, tapi dia slumber jak masuk seperti tiada apa2.
Keadaan bilik pula agak suram, masuk dari pintu terus Nampak sebuah sofa antik diperbuat daripada kayu berukir. Sebelah kanan tandas dibelah kiri ada dua katil single. Dan yang paling parah pula karpet berbau seperti dah lama tak di cuci dan dibersihkan, baunya seperti air baju yang direndam berhari2. Oleh kerana hidung tak berapa nak selesa saya terus ke tingkap sliding dan buka tingkap untuk bagi udara segar masuk. Bilik kami menghadap bukit dan dari bilik tu nampaklah parking dibawah tu. Time tu Kak Sue dah landing atas tilam, dia memilih katil dekat tingkap dan berhadapan dengan TV.


So katil saya pula dekat pintu dan berhadapan dengan tandas. Selepas buka tingkap tadi saya chek tandas pula, memang kebiasaan saya bila tiba di mana2 hotel akan round seluruh ruangan seperti buka almari, jenguk tandas, buka tingkap. Bila saya pulas saja pintu tandas dan masukkan kepala untuk jengguk didalam Allahu gelap ya amat. Lupa pula ketik suis lampu hahaha. Sya buka lampu, lampu pula punya romantik, dengan cahaya kekuningan menampakkan suram2 saja dalam kamar tersebut. Sya panjangkan leher ke dalam, dengan keadaan badan masih diluar pintu, kepala saja melilau tengok keadaan kamar mandi tersebut, tiba2 zuuupppp seperti ada sesuatu yg lalu, kepala terasa kembang, bulu tengkuk berdiri setegak-tegaknya.
.
Cepat2 saya tutup pintu dan terus ke katil pura2 kemas pakaian dalam bag. Sya jelling kak Sue disebelah, dia tekan2 telefon, dan memang Sya takkan bagi tahu dia sebab Kak Sue ni jenis yang gentulou (penakut) sikit, hahaha sorry kak Sue.

Kebetulan pada hari tu Sya ABC (Allah Bagi Cuti), so takla rushing sangat nak mandi bersiap segala, Sya baring melepas kepenatan berjam2 dalam perjalanan. Nak masuk maghrib kedengaran diluar bilik seperti suara kanak-kanak berlari2 dengan riang, macam ada 4 ke 5 orang la macam tu, lepas tu bilik sebelah seperti dibuka dan kedengaran kanak2 tersebut berlarian masuk. “Ramai pula orang sini Sya, bagus juga tidaklah kita sunyi sangat.” Kata kak sue. Sya pun mengangguk saja. Bunyi kanak2 ketawa sambil lari2 masih kedengaran, kali ni kanak2 tersebut seperti lari sampai keluar bilik, dan seperti masuk pula ke bilik depan kami, lepas tu seperti keluar pula di bilik hujung. Time ni perasaan saya dah lain macam dah, tapi Sya diam2 saja, sya tengok kak Sue buat biasa saja.
Jam 7.30pm, selepas kami bersiap, kami pun turun untuk makan. Jabatan memang dah bagi pakej utk makan sekali bagi kami yang menginap. keluar saja pintu kami lalu la depan bilik sebelah tu. Sya berhenti sekejap nak pastikan ada orang ka tiada, sebab tadi dengar macam 1 keluarga yang masuk bilik sebelah bersama anak2. Tapi Nampak sunyi saja, yang lorong pun Nampak suram dan langsung tiada suara kanak2 kedengaran. Husnuzon sajalah, mungkin mereka turun pi dinner kot…
Selepas makan malam Sya dan Kak Sue pun kembali ke bilik, memang malam tu tiada apa2 aktiviti, meeting pula esok baru start. Sebelum sampai di bilik sekali lagi saya berhenti sekejap di bilik sebelah tu, saya pasang telinga untuk dengar mana tau ada sekeluarga tu di bilik, sebab tadi masa makan tak nampak pun ada yang berkeluarga dengan kanak2. Bilik tu sunyi saja menandakan tiada siapa didalam, aik.. hairan, kalo dah ramai anak2 takkan lah tiada bunyi langsung. Masih awal kot takkan dah tidur.
Masuk bilik Sya buka TV. TV pula entah apa2. Gambar pun tak jelas, banyak pasir2. Sya tutup TV dan baring. Time ni kak Sue dah baring sambil tekan2 telefon. Berwhatsapp dengan husband barangkali.
Jam menunjukkan 9.30pm, sebenarnya Sya sangat ngantuk dan nak tidur, tapi pusing kiri kanan mata tidak juga terlelap. Krooookkkk kroookkkkk krokkkkkk. Nahh bunyi apa lagi ni. Sya pusing menghadap Kak Sue untuk memastikan samaada dia dengar bunyi tu atau tidak. Nahhh.. sekali Sya pusing Kak Sue pula yang berdengkur tidur dengan lenanya….
Tidakkkkkk… Kak Sue, jangan tinggalkan daku keseorangan.
Pusing kiri pusing kanan, dear mata pleaselah modop (tidur). Keadaan dalam bilik masa itu memang samar2. Kami hanya buka lampu kamar mandi dan buka sedikit pintu supaya ada cahaya membias ke dalam. Akhirnya tertutup juga mata ni, syukur.

Sya tidur mengiring ke kiri menghadap Kak Sue, belum sempat saya di buai mimpi indah, tiba-tiba mata saya terbuka. Cun-cun buka mata terus tertumpu ke pintu tandas. Ehhhh apa pula benda ni. Pintu tandas terbuka sedikit tetapi cahaya semakin malap. Logiknya bila pintu terbuka cahaya bertambah terangla kan.

Tapi ini kenapa pula gelap ni? Nahhh apa lagi pula benda dari dalam tandas nii?? Dalam keadaan mata terbuka Sya nampak benda hitam kelabu seperti gumpalan asap tetapi berbentuk orang kurus dan tinggi. Masa ni badan saya sudah total lumpuh tidak boleh gerak. Mata terbuka dan nampak gerak geri makhluk tersebut. Ya Allah… kenapa juga mata ni tidak boleh tutup??. Dalam hati meronta2 memanggil Kak Sue. Kak Sue pula amboi2 sedapnya lena.. Nanti ko kak Sue..
Dalam keadaan kaku tu Sya nampak makhluk tersebut pusing katil Sya. Mula2 dia pusing ke bahagian belakang saya, bulu tengkuk jangan cakaplah, berebut2 meremang dari kepala hingga ke hujung kaki. Masa ini saya harapkan Kak Sue akan terjaga, saya berdoa supaya Kak Sue mau kencing kah, birak kah, apa2 lah yang penting dia terjaga. Tapi hampa tak berkesudahan.
Selepas makhluk tu bersiar2 di bahagian belakang saya, dia datang pula pusing ke depan saya, please lah jangan. Sya masih berusaha untuk meronta-ronta seperti mahu lepas daripada ikatan. Tapi itu hanya perasaan sya saja, hakikatnya Sya masih kaku dan berserah sahaja kepada Allah. Makhluk tu pula boleh2 datang depan muka saya seperti mahu bertatap mata. Walaupun wajahnya tidak jelas tapi saya dapat rasakan wajahnya hanya seinci saja dari muka saya. Ya Allah tolongla hambamu ini daripada Syaitonn yang direjam. Sya membaca Ayatul Kursi sekuat hati dalam hati. Eh eh eh.. apa yang sejuk2 di pipi kanan saya ni??.. Allahu Akbar… main jilat-jilat pipi pula makhluk ni.. geli lah setannnnnn.

Allahuakbar… Allahhuakbar… Sya jerit sekuat hati dalam hati. Alhamdulillah ya Allah makhluk tersebut terbang melayang seperti asap yang pecah ditiup angin. Sya terus duduk dan Sya pegang pipi sya yang seperti dijilat makhluk tersebut, sejuk seperti baru ditekap dengan ais. Sya pegang pipi sebelah aikk panas pula. Kurang ajar punya setan. Mentang2 Sya datang bulan ko main jilat2 pula ya. Phuii, werkkkk.

Sya baca Al-Fatihah dan 3 Qul dan kembali baring. Kali ni saya mengiring ke kanan membelakang Kak Sue. Jelous bah dengan Kak Sue, tidur mati orang bilang. Tak apa Kak Sue, mungkin bukan rezeki ko malam ni. Sya tengok jam di Hp jam 3.40am. walaupun mata belum mau tidur tapi Sya paksa tutup mata.

Kerebukkk kerebukkk kerebukk…hahaa.haha.. Apa lagi pula ni? Enda habis2 lagi ka mengacau.. saya mau tidur bah! Bisuk saya meeting bah ni. Bagi lah bah saya tidur sekejap.. tub tub tub.. haha ha ha.. nahhhh makin mendekat pula budak2 ni bermain. Macam di depan pintu saja. Adehhh siapa bah kasi lepas anak2 bermain jam 3.40 pagi ni. Tolongglah bah kasi tidur anak kamu tu.
Bunyi kanak2 berlarian sambil ketawa makin menjauh. Nahhh begitulah nak.. main kamu jauh2.. makcik mau tidur ni.

Bukk tubb tubb.. haha ha ha.. Aduiii pindah pula diorang ditingkat atas. Ngam2 diatas bilik kami. Budak2 belarian sambil langar2 meja sofa segala. Bah nakk, mainlah kamu puas2 ar, jangan masuk bilik kami sudah. Saya ambik bantal tekap di telingga, tarik selimut bungkus semua badan, Sya keluarkan dua lubang hidung saja supaya dapat bernafas dengan lancar.

“Sya…Sya..Sya.. bangun mau dekat jam 8 sudah ni, cepat la ko nanti habis masa breakfast.” Kak Sue goyang2 sikit bahu saya.

“Apa kak? Jam 8 sudah ka? Adoiii ngantuk betul lagi Sya tau.” Tapi saya gagahkan diri untuk cepat2 mandi dan bersiap. Barang2 kami kemas sedia dan bawa turun. Kami disuruh chek out sedia sebelum meeting.

Meeting berjalan lancar, tapi daripada skala 10 tu hanya 3 sahaja yang singgah di otak saya. Fikiran saya melayang2 mengingatkan peristiwa semalam.
Dua minggu kemudian.

“Kak Sue, ko tau ka masa kita di hotel hari tu?”
“Napa Sya?”
Sya pun ceritakanlah semua yang saya lalui sepanjang malam disana tu.
“Terima kasih lah Sya, terima kasih banyak.” Kata Kak Sue seusai dengar cerita saya.
“Napa pula akak berterima kasih ni?” Sya kehairanan.
“Iyalah, sebab malam tu ko tidak kasi kejut saya.” Kata kak Sue sambil meraup2 tangannya yang meremang.
Pulakkkk…..Bertuah punya Kak Sue…..



TAMAT

0 comments:

Post a Comment