afbcash Casino Online
Poker Online Jarawa Domino

July 6, 2019

Cerita Horor Terbaru Pengalaman Izzat Bekerja sebagai IT Technician

Cerita Horor Terbaru :
Saya ingin kongsikan pengalaman seram saya ketika bekerja sebagai IT Technician. Sebelum tu, saya cerita dulu apa sebenarnya kerja IT Technician yang saya maksudkan... Kerja saya ni seperti kerja kontraktor la... tapi saya kuli(technician)...syarikat kami ni akan melakukan kerja-kerja seperti pemasangan,repair dan maintenance barang-barang IT seperti CCTV, computer networking, access door, intercomm, WIFI, PABX, dan sebagainya.. apabila ada client yang nak buat pemasangan ke repair ke apa ke, kami akan pergi ke tempat diorang....


ok...

so pengalaman seram saya bermula apabila Bos saya menerima kerja dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak dan mengarahkan saya seorang supaya pergi ke UIA tu....kenapa saya seorang?? sebab kerjanya sangat mudah.... Kerja yang ingin dilakukan adalah menampal semua lubang (dengan satu gam khas) di mana tempat lalunya wayar-wayar network ke Access Point supaya bila hujan, air tidak masuk ke lubang tu dan seterusnya dapat mengelakkan kerosakan NETWORK akibat electric short circuit...

ok..di sana, sangat banyak nama asrama..saya pun dah lupa apa namanya..Mahallah something something..tapi memang banyak...Mahallah pompuan, alhamdulillah takde apa... cuma kena ganggu oleh budak-budak pompuan gatal sahaja....haha...

tapi ada satu Mahallah ni,, fuhhh..seram gile beb.....blok bangunan tu macam segi empat, dan tengah-tengah tu macam ruang kosong....so dari bawah tu, saya boleh tengok sekeliling saya semua bilik-bilik smpai lah ke tingkat atas..tapi yang peliknya, sunyi semacam je blok tu..langsung takde orang...saya pun abaikan semua tu, saya teruskan kerja... satu persatu Access Point saya selesaikan sehinggalah sampai di Access Point yang berdekatan dengan tandas (tempat basuh baju), kedengaran bunyi orang memanggil-manggil nama saya....kedengaran macam BUKAN BUNYI HANTU..sebab bunyi macam orang biasa la panggil nama saya "Izzat,,oo izzat"...tapi bunyinya sangat sayu dan perlahan...saya pun tak dengar...jadi saya pikir, dia bukan panggil saya kot..maybe ada izzat lain dalam universiti tu...

so saya abaikan...tapi yang peliknya, dia masih lagi panggil, tak henti-henti.....bunyi tu macam datang dari tandas...kelihatan macam takde orang pun dalam tandas,, lampu tutup dan gelap...masa tu, saya rasa agak seram la...so, saya pun cepat-cepat siapkan kerja dan blah dari sana...sebaik sahaja saya angkat kaki pergi dari sana, tiba-tiba suara tu berubah menjadi sangat garau dan menyeramkan....masa tu saya di tingkat dua,,...fuhhh masa tu saya agak cuak dah....saya pun paling belakang,, dan menghadap pintu tandas tu...saya tanya "ye? panggil saya ke?"....tiba-tiba....suara tu berubah menjadi macam suara pompuan yang sangat sangat nyaring "ye,, panggil awaklahhh heeeeee hihihihii heeeeeeeeeeee hihihi"..

saya pun apa lagi,,,,kecut telor punya pasal,,,saya pun terjun daripada tingkat dua tu, habis barang-barang kerja semua saya tinggal,,, jatuh je kat bawah,,,,aduhhhh kaki saya plak sakit...rasa macam terseliuh...tapi saya kuatkan diri jugak..saya bangun berlari ke sebuah kedai runcit berdekatan sana...

saya pun tanya la mak cik yang jaga kedai tu.."mak cik, kenapa takde orang kat blok bangunan tu?"....
mak cik tu jawab "hah? yang mana satu dik"....saya pun tunjuk bangunan yang dimaksudkan "bangunan tu lah, makcik"....

"dik, mana ada bangunan la kat sana dik"...


sekian, terima kasih...

0 comments:

Post a Comment