Kejadian ini terjadi pada aku sendiri, ketika itu aku nak pergi rumah
kawan aku yang terletak di KL. Kawan aku ni boleh dikatakan somebady,
jadi kawan aku ni tinggal di penthouse tingkat 23.
Dipendekkan cerita, aku terus menuju ke arah lift. Setelah lift terbuka
aku terus masuk dan menekan tingkat 23. Tidak Sampai seminit aku
merasakan seperti ada yang meniup telinga aku. Tanpa memikirkan apa-apa
aku terus berpaling untuk melihat siapa yang siapa yang meniup
telingaku. Namun tiada sesiapa disitu kecuali aku.
Terus meremang bulu romaku bila aku sedar tiada sesiapa dalam lift kecuali aku seorang dan aku rasa seperti ada mata yang memerhatikan aku dari setiap penjuru. Dalam perasaan seram itu, tiba-tiba aku merasakan ada tangan yang menyentuh bahuku dari arah belakang dan tanpa berlengah aku terus memandang ke belakang, kosong tiada sesiapa disitu.
Tiba-tiba aku terdengar dengan sangat jelas suara yang berbisik di belakangku diiring dengan bau busuk bagaikan bangkai yang mereput. Kali ini aku sudah tidak berani untuk menoleh ke belakang lagi. Aku cuba untuk bertahan dengan keadaan itu, seluruh badanku bergegar kerana ketakutan yang amat
Sampai saja di tingkat 23, lift terus terbuka dan dengan pantas aku berlari keluar.Ketika itu mataku sempat menangkap kelibat perempuan yang berambut panjang dalam keadaan hampir mereput.
Setelah sampai aku pun menceritakan apa yang telah terjadi di lift tadi dan kawanku menerangkan yang lift aku gunakan tadi sedang dibaik pulih!!! Sudah lebih setahun tidak digunakan!!! Juga pernah berlaku kejadian ngeri dimana ade pekerja mati di dalam lift akibat terperangkap dan lemas.
0 comments:
Post a Comment