afbcash Casino Online
Poker Online Jarawa Domino

June 25, 2019

SESAT KE ALAM GHAIB DI PARKING CABLE CAR GENTING HIGHLAND

Kejadian ini terjadi di parking lot skyway cable car di Genting Highland. Kejadian ini bukan terjadi apa aku tadi pada satu keluarga yang kebetulan lalu kawasan itu. Peristiwa ini masih menghantui mereka sekeluarga.

Dorang ni memang rajin ke Genting. Kadang tu pergi sana semata-mata untuk makan. Dipendekkan cerita pada hari itu, setelah puas berjalan-jalan, mereka pun mengambil keputusan untuk pulang

Sampai saja di parking Skyway Cable Car. Si ibu berjalan di belakang sekali dengan anaknya. Dalam mereka borak-borak tu, tiba-tiba si ibu hilang dari pandangan tanpa mereka sedari termasuklah si anak yang jalan bersamanya.
hantu
Bila dah sampai ke kereta, mereka mula panik setelah kelibat si ibu tidak kelihatan. Mereka mula mencari si ibu yang hilang termasuklah si ayah sekali. Puas meeka pusing kawasan parking itu, namun si ibu tetap tidak dijumpai.
Dalam kepenatan mencari, tiba-tiba si anak ternampak si ibu dalam keadaan lemah. Setelah si ibu dijumpai, mereka terus gerak balik. Dalam perjalanan tiada seorang pun yang bercakap atau bertanya ke mana si ibu menghilang. Setelah sampai barulah si ibu bercerita apa sebenarnya yang terjadi.
Kata si ibu, masa dia tengah berjalan sambil borak-borak dengan si anak, tiba-tiba keadaan bertukar menjadi sunyi. Katanya lagi, dia terus tak nampak di mana keluarganya berada. Dia terus berjalan dari satu tingkat ke satu tingkat. Walaupun waktu itu parking lot tengah sibuk dengan kereta yang keluar masuk, dia tak kena langgar pun walau berjalan ditengah-tengah jalan.

hantu
Kata si ibu lagi, dia nampak ramai sangat orang tengah lepak minum kopi, tapi waktu itu mereka semua, seolah-olah tidak melihatnya. Dia terus jalan menuju tingkat bawah dengan harapan mereka ada disana, tapi dia tetap tak jumpa keluarganya. Bila dah lama sangat berjalan dan dia pun dah penat, terus dia berfikir ini semua mesti kerja makhluk halus.
Tanpa berlengah, dia terus membaca ayat suci al-quran dan terus berzikir sambil berjalan sampailah dia penat. Dan akhirnya, dia ternampak anaknya yang sedang mencari-carinya.
hantu
Selepas kejadian itu, mereka dah serik untuk ke genting highland. Kiranya macam banned terus la genting tu. Mungkin trauma bukan sebab takut hantu tapi takut kehilangan orang tersayang. Gila kau tak panik tetiba si mak ghaib macam tu. Nasib baik berjaya keluar dari alam ghaib tu kalau tak.. tak tau apa akan jadi.

0 comments:

Post a Comment