afbcash Casino Online
Poker Online Jarawa Domino

June 26, 2019

Jelmaan Suami Menjemput Pulang Jam Tiga Pagi

Kisah ini terjadi pada salah seorang ibu saudaraku, Nek Siti. Setiap hari Nek siti akan menemani anak menantunya yang baru melahirkan. Jadi, setiap Maghrib, Mek siti akan ke rumah menantunya untuk menolong anak menantunya.

Nak dijadikan cerita suatu hari, sebelum menuju ke rumah anaknya Mek siti sempat berpesan kepada suaminya Pak Daud supaya menjemputnya jam 5 pagi nanti di rumah anaknya.

Malamnya, ketika semua sedang tidur kedengaran suara Pak Daud memanggil Mek siti. “Ti oh Ti, Ti!” panggil Pak Daud. Anaknya yang terdengar suara Pak Daud terus mengejutkan Mek siti yang sedang tidur. “Mak oh Mak, Wak dan datang tu. Oh Mak, bangun” kejut anaknya.
diganggu

siti pun bangun, tanpa melihat jam dia terus mencapai selendangnya dan membuka pintu rumah. Kelihatan seorang lelaki yang menyerupai Pak Daud berdiri agak jauh dari pintu rumah. Tanpa memikirkan apa-apa Mek siti terus mengikuti langkah Pak Daud yang sedikit laju. Mek siti yang

sudah berusia agak sempuk kerana mengikuti langkah Pak Daud yang laju.

diganggu

“Bang oi Bang, tunggu lah kejap. kenapa laju sangat?” tanya Mek Siti yang mula keletihan. Tanpa disangka oleh Mek Siti, tubuh lelaki itu tiba-tiba lesap dari pandangan mata. Mek Siti yang menyaksikan kejadian itu, mula ketakutan dan menggeletar seluruh badan.
Dengan perasaan takut yang menguasai diri, Mek siti tetap menguatakan diri untuk melangkah pulang ke rumahnya yang berhampiran dengan tempat kejadian. Sampai sahaja Mek siti terus mengetuk pintu rumah sekuat hati bagai nak roboh dan menjerit memanggil suaminya Pak Daud.

diganggu
Rupa-rupanya jam baru pukul 3 pagi dan lelaki yang menjemput Mek Siti itu bukanlah Pak Daud. Khabarnya, Nek Siti terus demam dan tidak dapat berniaga di sekolah selama beberapa hari.

0 comments:

Post a Comment