afbcash Casino Online
Poker Online Jarawa Domino

June 27, 2019

‘Diganggu’ Ketika Membaca Al-Quran Di Tanah Perkuburan

Pada ketika itu, aku bersama dua orang kawan sedang menghabiskan bacaan Al-Quran untuk si mati yang baru dikebumikan. Waktu itu jarum jam tepat menunjukkan pukul 12 malam.

Dalam keasyikan membaca Al-Quran tiba-tiba, satu jeritan yang cukup nyaring kuat. Suara perempuan menjerit bagai mengalami kesakitan yang amat. Aku mula berdebar dan peluh mula menitik di dahiku. Aku melihat pada dua kawanku langsung tak terjejas, aku pelik dan bertanya kepada mereka.

“Amir, kau ada dengar suara perempuan menjerit tak?” Dia hanya diam tidak menidakkan dan tidak juga mengiyakan. Aku meneruskan bacaanku dan cuba untuk menyedapkan hati. Kubur si mati betul-betul berada di hadapan kami bertiga. Kubur yang tidak bernisan, hanya daun nipah sebagai tanda dan kami hanya duduk beralaskan tikar gulang pada malam itu.
diganggu

Dalam keadaan sunyi itu, sekali lagi aku diduga. Aku terdengar lagi suara perempuan menjerit dan memanggil namaku dengan suara yang kedengaran resah dan gelisah. Suara itu buat aku tak tenang, bulu romaku mela meremang. “Apa kubur ini sangat berhantu? apa yang terjadi di dalamnya?” Bisik hatiku

Aku cuba untuk bertahan dan meneruskan bacaanku. Terasa waktu terlalu lambat berjalan. Sebelum aku ditawarkan mengaji di kubur, kawanku berpesan supaya tidak celupar dan meninggalkan perkara dunia. Datang dengan hati dan niat untuk menolong si mati dengan sedekahkan bacaan Al-Quran sahaja.
digangguHantu

Setelah menghabiskan sebahagian dari Al-quran, aku mula penat dan mengantuk. Waktu itu, jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Kawasan perkuburan sangat sunyi hanya alunan Al-Quran yang terdengar.
Tiba-tiba, aku dikejutkan dengan bisikan dari faizal di telingaku yang mengatakan ada kepala berdarah di atas wakaf berhampiran tempat kami duduk. Aku terkedu dan cemas. Aku mengeraskan badanku untuk tidak menoleh ke belakang. Tapi entah kenapa aku tetap berpaling dan aku melihatnya. Memang betul ada kepala dibasahi darah di atas wakaf!!!
Manakala, Amir yang meminta kami untuk abaikan kepala tersebut dengan menganggap kami tidak melihatnya dan teruskan bacaan hingga selesai. Kami bertiga meneruskan bacaan, suaraku semakin lama semakin kuat membaca ayat al-Quran. Sampaikan aku tidak tahu apa yang ku baca dan bacaan ku mula bertaburan gara-gara ketakutan.

Belum pun hilang ketakutan yang aku rasakan, datang lagi gangguan dalam bentuk jelmaan sosok berbaju putih yang diikat seperti mayat menuju ke arah kami dengan melompat-lompat seperti dalam filem dengan rupa yang sangat hodoh.
DigangguHantu

Keadaan kami pada saat itu sangat cemas, rasa takut menguasai diri. Aku dan yang lain terus lari bertempiaran tanpa sempat menyarung selipar dan al-Quran hilang entah kemana. Kami terus berlari merempuh apa saja yang ada dihadapan kami.
Sekali lagi kami diuji Allah, kami tersesat dan terus berpusing-pusing pada tempat yang sama. Lebih kurang satu jam kami berlegar ditempat yang sama. Aku terus membaca ayat kursi dan ayat-ayat Quran yang lain dengan harapkan Allah memberikan kami petunjuk dan akhirnya, syukur kepada Allah yang telah menyelamatkan kami dengan menunjukkan jalan keluar.
Hantu
Setelah merasai pengalaman ini aku rasakan andai kita biarkan perasaan takut menguasai diri kita memang kita akan kebuntuan dan terus tersesat. Dan sesungguhnya janji Allah itu benar, bilamana kita meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Dia pasti tak akan sia-sia.

0 comments:

Post a Comment