Beberapa orang
kenalan saya bertanya, betulkah kisah misteri yang dicatatkan dalam dua
keluaran lalu? Maksudnya, benarkah kisah-kisah misteri yang diceritakan
oleh seorang bekas warden penjara, Mereka juga bertanya, betulkah ada penjara berhantu?
Misterinya ialah, lukisan wajahnya itu bercahaya di dalam gelap. Walaupun lampu di dalam bilik akhir itu tidak berfungsi lagi namun lukisan itu tetap `menyala’ seolah-olah ia sentiasa hidup. Dikatakan juga lukisan itu akan `menangis’ setiap kali ada banduan yang digantung.
Seorang Pensyarah fotografi Jabatan Fotografi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, pernah bermalam selama enam bulan di Penjara Pudu untuk menghasilkan tesis bertajuk Pudu Jail’s Graffity. Sewaktu menjalankan kajiannya, dia telah merakam imej aneh satu garisan cahaya yang panjang dan melengkung di bilik gantung dia. Aneh, kerana cahaya mustahil dapat dilengkungkan.
Adakah ia berlaku akibat masalah atau kerosakan pada peralatan yang digunakannya? Tidak.Selepas diperiksa,pensyarah berkenaan tidak menemui sebarang kesilapan pada kamera atau dalam proses mencuci gambar.Sepanjang enam bulan bermalam di Penjara Pudu juga pensyarah berkenaan mendengar pelbagai bunyi pelik. Pernah dia berasa kepalanya diketuk sebanyak tiga kalisewaktu menunggu masa yang sesuai untuk merakam gambar.
Ternampak bayang-bayang aneh sudah menjadi biasa sangat baginya. Begitu juga suara jeritan yang bergema. Pensyarah itu turut mendengar bunyi seperti paluan beduk dan kakinya dipeluk sesuatu ketika hendak memasuki bilik mayat. Warden-warden Penjara Pudu dikatakan sudah lali dengan gangguan-gangguan yang berlaku, khususnya pada waktu malam. Antaranya, kerusi di dalam pondok kawalan terbang keluar seolah-olah dicampak oleh seseorang, walhal pada masa itu tiada siapa di dalamnya.
Ada pula yang direnung oleh lembaga hitam, melihat bayangan kanak-kanak berlari dan kelibat perempuan cantik berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara. Begitulah sebahagian daripada kisah-kisah misteri yang berlaku di Penjara Pudu. Terdapat banyak lagi kisah-kisah seram yang dialami oleh penghuni dan pekerja penjara tersebut, namun ruangan ini terlalu kecil untuk mencatatkan semuanya. Untuk pengetahuan anda, Penjara Pudu dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891. Ia bagaimanapunditutup pada akhir 1996 dan seterusnya dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, iaitu kira-kira enam bulan selepas banduan terakhir dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh.
JELMAAN BANDUAN
Bukan penjara Pudu sahaja, penjara berhantu juga terdapat di seluruh. Antara yang paling terkenal adalah penjara Alcatraz di San Francisco, Amerika Syarikat (AS). Dikenali sebagai The Rock, Alcatrazdibina di atas sebuah pulau. Sejak menjadi Penjara Persekutuan pada 1934 hingga penutupannya pada 21 Mac 1963, Alcatraz adalah perhentian terakhir bagi 1,576 penjenayah kejam. Antaranya ialah Al Capone, samseng keturunan Itali yang menguasai Chicago dengan darah dan senjata.
Al Capone sendiri pernah mendengar bunyi misteri gelas berlaga seolah-olah ada parti sedang berlangsung, sedangkan malam itu penjara berkenaan gelap dan sunyi. Seorang pengawal yang bekerja syif malam pernah mengambil gambar bilik terapi kejutan elektrik pada waktu malam untuk ditunjukkan kepada rakannya.Apabila filem itu selesai diproses, di dalam gambar tersebut menunjukkan ada wajah seseorang sedang merenung ke arahnya.
Sel 14D dipercayai antara bilik kurungan yang paling menyeramkan. Pelawat dan pekerja dilaporkan akan berasa seram sejuk sebaik tiba di sel berkenaan. Mengapa? Diceritakan pada 1940-an seorang banduan yang dikurung di sel tersebuttelah menjerit sepanjang malam kerana diganggu makhluk yang mengerikandancuba membunuhnya. Keesokan hari, pengawal menemui banduan berkenaan mati akibat dicekik.
Bagi tujuan mengesan pembunuhnya, pihak penjara memanggil semua banduan dan membuat pengiraan. Apa yang berlaku ialah, apabila dikira, merekamendapati bilangan banduan melebihi daripada jumlah yang sebenarnya. Malah ada pengawal yang melihat banduan yang mati itu di celahbanduan-banduan lain, sebelum lenyap dalam sekelip mata.
Para pekerja penjara dan pengunjung juga mendakwa terdengar bunyialat muzik banjo dimainkan dalam bilik air yang ketika itu kosong. Dikatakan bunyi itu ada kaitan dengan Al Capone. Ini kerana ketika kesihatannya semakin teruk, Al Capone sering menghabiskan masanya bermain alat muzik tersebut di bilik air berkenaan.
Ada juga pekerja dan pelawat yang terhidu asap, terdengar suara tangisan sertamelihatbayangan banduan atau anggota tentera berkeliaran di tempat-tempat tertentu. Eastern State Penitentiary di Philladelphia, Pennsylvania, AS yang dibina pada 1829,terkenal dengan cara penyeksaan tahanan yang amat kejam.Antaranya tahanan direndam di dalam air, kemudian digantung di luar dalam keadaan cuaca yang sejuk membeku, sehingga ais terbentuk pada kulit mereka.
Satu lagi cara ialah mengikat banduan dengan kejabpada sebuah kerusi tajam hingga menyebabkan badan mereka dipenuhi luka dan terpaksa dipotong. Ada juga banduan yang dimasukkan ke dalam ‘lubang’ bawah tanah yang gelap gelita, tiada cahaya, tidak ada hubungan dengan manusia dan hanya sedikit udara.
Penjara ini telah menjadi ditukar menjadi muzium pada 1996. Setelah mengorbankan banyak nyawa dan merakam pelbagai penyeksaan yang menakutkan, ramai pengunjung yang mengadu ternampak jelmaan-jelmaan dan suara yang menakutkan di penjara tersebut.
Penjara Port Arthur terletak di Pulau Tasmania,Australia dan beroperasi pada 1830-1877. Sekarang penjara ini dijadikan pusat pelancongan, namun kejadian-kejadian aneh sering berlaku di sini.
Ramai pengunjung mengadu melihat jelmaan Reverend George Eastman, pekerja di Port Arthur pada tahun 1800-an. Ada juga yang melihat kelibat cahaya aneh, bunyi tapak kaki seseorang sertapintu terbuka dan tertutup dengan sendiri. Paling misteri adalah penampakan seorang gadis kecil dengan wajah mengerikan mengintip di jendela.
Penjara Moundsville, West Virginia,AS pula beroperasi pada tahun 1876-1995. Sepanjang 119 tahun usianya, penjara ini telah meninggalkan luka yang amat pedih. Ramai tahanan yang dihukum gantung, maut di kerusi elektrik atau dipukuli hingga mati.
Sehingga kini dikatakan para pekerja dan pengunjung penjara tersebut selalu diganggu oleh jelmaan-jelmaan menakutkan, suara jeritan, raungan, tangisan serta bunyi tapak kaki di lorong penjara, tandas dan sel.
0 comments:
Post a Comment