afbcash Casino Online
Poker Online Jarawa Domino

May 24, 2019

Kisah Seram Hantu Step

Bahang malam itu semakin melemaskan. Kipas siling dengan kelajuan maksimum bagai tiada fungsi. Angin yang mengisi bilik D701 itu langsung tidak menyamankan lapan penghuninya.

Bagaimanapun tujuh budak lelaki berumur 13 tahun di dalam bilik itu sudah lelap. Azim Anakin yang tidur di katil hujung, sudah berdengkur seperti biasa.

Tinggallah Mokhsin Maliki terkebil-kebil seorang diri memaksa mata untuk pejam. Peluh di tubuhnya sudah membasahkan cadar dan bantal. Mahu sahaja dia ke bilik air dan mandi. Dapat juga menyejukkan badan.

Namun sekarang sudah pukul 2.30 pagi. Kerja gila mahu ke bilik air seorang diri tengah-tengah pagi ini. Mokhsin Maliki rela tidur telanjang daripada memberanikan diri ke bilik air.
Bukan bahang cuaca sahaja yang meresahkan Mokhsin Maliki. Cerita seram yang baru dikongsi abang angkatnya, Johan Effendy sebelum lampu semua bilik diarahkan untuk dipadamkan pada pukul 11 malam tadi juga mengacau perasaannya.

“Perasan tak lantai bilik Mokhsin ni je yang licin dan cantik je kat asrama ni?”
Johan Effendy memancing minat Mokhsin Maliki.

Pantas mata Mokhsin Maliki merenung lantai biliknya. Tidak cukup dengan itu, dia bangun dari katil dan berjalan mengelilingi bilik.

“Yeke bang? Alah mesti sebab semua budak-budak yang duduk bilik ni baik-baik. Pandai jaga bilik. Selalu sapu dan mop. Macam kitorang buat sekarang.”
Bersulam bangga Mokhsin Maliki menjawab persoalan yang dibangkitkan Johan Effendy, pelajar tingkatan lima bertubuh tegap yang menjadi kegilaan senior-senior asrama perempuan di seberang jalan.

“Salah tu. Ini semua sebab seorang student hostel ni dulu. Mamat ni budak ragbi. Suatu petang ni, kat padang kita tu ada liga ragbi antara hostel negeri lain.

“Mamat ni main untuk hostel kita. Dia ni kira powerlah sebab bawa hostel kita masuk final. Tapi separuh game dia injured. Kaki kiri dia patah atas padang.

“So dia pun diusung keluar dan direhatkan sekejap dalam bilik ni. Dulu bilik ni untuk pelajar sakit.
“Masa final match tu, semua student dah cuti sekolah hujung tahun. Nak dijadikan cerita semua terlupa pasal mamat ni yang diletakkan dalam bilik sakit tu.

“Mamat ni pulak sedar-sedar hari dah gelap. Dia nak berjalan tak kuat. Menjeritlah dia panggil orang tapi tak ada siapa pun dengar sebab asrama dah dikosongkan untuk dua minggu.
“Warden yang jaga bangunan pun tak perasan sebab banyak habiskan masa tengok TV di bilik pengawal je.

Khusyuk Mokhsin Maliki mendengar cerita abang angkatnya. Sesekali dia berkerut dahi memikirkan logik cerita tersebut. Mustahil pelajar yang baru patah kaki dibiarkan tanpa rawatan segera. Karut sama sekali.

Johan Effendy meneguk botol Coca-Cola di tangannya. Kemudian menyambung bercerita.
“Dua minggu mamat ragbi tu terkurung dalam bilik sakit tu. Tak ada makanan tak ada minuman. Bila orang jumpa, dia dah mati dalam uniform ragbinya, lengkap dengan kasut but di kaki. Mayatnya jatuh tertiarap di lantai di depan pintu bilik ni.
Johan Effendy memuncungkan bibirnya ke arah pintu bilik yang betul-betul di sebelah katil Mokhsin Maliki. Raut wajahnya serius.

Mokhsin Maliki berdebar. Bayangan mayat pelajar itu tiba-tiba bermain dalam kepala. Kacau betul. Dia menolak bahu Johan Effendy tanda protes. Malam itu cerita Johan Effendy sangat mengarut.
“Habis tu apa kaitan dengan lantai bilik ni licin?”

Sifat ingin tahu Mokhsin Maliki mendadak tiba-tiba. Johan Effendy menyeringai. Barangkali lucu dengan perubahan reaksi Mokhsin Maliki yang tadinya sedikit marah kemudian menunjuk minat.
“Dua minggu tak ada makanan dan minuman. Terpaksalah mamat ragbi tu robek kakinya yang patah itu untuk dimakan isinya. Keadaan terdesak. Daging sendiri pun boleh diratah.
“Habislah darah memancut-mancut keluar. Basah lantai bilik ni dengan darah mamat tu.
“Yang peliknya, lepas dah dibersihkan, lantai bilik ni bertukar jadi sangat licin macam sekarang. Sebelum tu sama je macam lantai bilik-bilik lain, kasar dan legap.

“Merapulah abang ni. Ada pulak darah boleh licinkan lantai. Kelakar pulak tiba-tiba. Kalau sapu kat muka baca jampi-jampi mungkinlah boleh cantik. Ini lantai pulak jadi cantik.”
Mokhsin Maliki mencelah. Terburai tawanya mendengar logik di sebalik lantai biliknya yang licin dan berkilau itu.

“Haaa gelaklah. Tak percaya tunggulah dia datang malam karang.”
Johan Effendy menakut-nakutkan Mokhsin Maliki. Serta-merta gelak Mokhsin Maliki terhenti. Lantai biliknya dikerling. Lalu anak mata Johan Effendy direnung dalam. Diam mereka lima saat.
“Siapa yang datang? Abang ni merepeklah.”

Mokhsin Maliki berlakon bodoh. Pura-pura berdalih tentang maksud sebenar Johan Effendy.
“Lepas kejadian tu, ramai student yang tidur kat bilik ni kena kacau dan pernah terjumpa hantu mamat ragbi tu.
“Orang panggil dia hantu step!”
Sudahlah mati terbiar. Kemudian jadi hantu. Nama pula menggelikan hati. Mokhsin Maliki ketawa lebih kuat kali ini.

“Hantu Step?”
“Dia menari ke bang sampai nak ada step step.”
Lancang mulut Mokhsin Maliki memperkecilkan cerita Johan Effendy. Tapi abang angkatnya yang juga atlet ragbi hostel itu terus serius.
“Sebab student dalam bilik ni claim akan dengar bunyi orang berjalan dengan sebelah kaki seperti memakai kasut but, sebelah lagi diseret.


“Ada student yang berani buka mata dan nampak hantu step tu tengah mundar-mandir dalam bilik.
“Kalau hantu step tu perasan ada budak belum tidur dan dah ternampak, haaaa…. perlahan-lahan dia berjalan dengan sebelah kaki diseret ke katil budak tu.”
Melopong Mokhsin Maliki mendengar penyudah cerita Johan Effendy. Rasa takut terus mencengkam. Dia tidak peduli cerita itu bohong ataupun benar tetapi memang dia sudah rasa gementar untuk tidur malam tersebut.



*Kriinggggggg*
Loceng pukul 11 malam bergema ke segenap kawasan asrama. Lampu bilik mesti dipadamkan. Penghuni dengan bilik yang lewat menutup lampu akan didenda menjelang hujung minggu. Lari keliling padang 10 pusingan seawal pukul 4 pagi ataupun mengemas stor sukan yang tidak pernah teratur itulah dendanya.
Apatah lagi warden yang menjaga malam itu, Pak Marsani, seorang kaki report dan kuat bodek penguasa asrama.
Johan Effendy mengangkat punggung dan menyarung selipar di tepi katil. Mokhsin Maliki ikut berdiri. Dengan wajah kasihan, Mokhsin Maliki memujuk Johan Effendy untuk menemannya tidur malam itu.

“Abang yang cerita bukan-bukan. Lepas tu abang taknak teman. Tak acilah macam ni.”
“Bukan taknak teman. Tapi esok pagi abang kena bangun awal. Ada friendly match dekat VI.
“Laaa tadi berani sangat ketawa sampai keluar air mata. Tak payah takutlah. Tu pergi tidur dengan Azim kalau cuak. Hantu pun takut nak dekat dengar dengkur budak tu.”
Johan Effendy berjalan ke pintu. Tombol pintu dipulas. Sebelum keluar, dia memandang Mokhsin Maliki yang keras berdiri di sisi katil.
“Ingat, kalau dengar, jangan pandang.”

‘Celaka punya abang angkat’. Mokhsin Maliki menyumpah dalam hati. Johan Effendy gelak nakal dan terus menutup pintu bilik.
Mokhsin Maliki masih diselubungi rasa takut. Habis semua kawan-kawannya dikacau. Semua menyuruh Mokhsin Maliki tidur di katil sendiri.
Itu cerita empat jam yang lepas. Punca dia masih berjaga sehingga pukul 3 pagi ini. Walaupun panas tanpa angin, Mokhsin Maliki tetap berselimut menutup penuh tubuhnya. Sebenarnya dia takut. Hanya dengan berselimut dia rasa selamat.
Selamat daripada ancaman hantukah? Dia pun tidak mengerti imaginasi bukan-bukan itu. Matanya kembali cuba dipejam rapat. Sebelum sempat gementarnya reda, telinganya menangkap bunyi yang agak asing.

‘Papp…. shreettt….’
‘Papp…. shreettt….’
‘Bunyi apa pulak tu.’ Mokhsin Maliki bergumam.
Semakin lama bunyi itu semakin kuat.
‘Papp…. shreettt….’
Bunyi itu berulang-ulang. Cerita Johan Effendy kembali mengganggu Mokhsin Maliki Tidak mungkin apa yang didengarnya itu…
Mokhsin Maliki tidak berpuas hati. Dalam takut-takut, dia memberanikan diri mencuri pandang arah bunyi itu.

‘Papp…. shreettt….’
Tersentak jantung Mokhsin Maliki. Adakah dia sedang berhalusinasi? Di tengah-tengah biliknya, seorag lelaki beruniform sukan lusuh berjalan lemah. Sebelah kakinya diseret kerana telah patah. Darah masih memancut-mancut keluar dari kaki yang patah itu, membasahi lantai bilik.
Mokhsin Maliki terkaku. Itukah hantu step? Malam yang celaka kepadanya! Ketika itu juga kelibat di tengah bilik itu berhenti. Kepalanya ditoleh laju. Dua bola mata yang merah menyala sedang memandang tepat ke arah Mokhsin Maliki.
“Sial! Matilah aku.”

Mokhsin Maliki mendengus sesal. Selimutnya ditarik menutup muka. Menggigil seluruh tubuhnya kerana takut.

‘Papp…. shreettt….’
‘Papp…. shreettt….’
‘Papp…. shreettt….’
‘Papp…. shreettt….’
‘Papp…. shreettt….’

Bunyi itu semakin dekat dengan Mokhsin Maliki. Sehinggalah dia benar-benar yakin kelibat tadi kini berdiri betul-betul di sisi katilnya.
Selimutnya direntap. Mokhsin Maliki tersentak. Kelibat tadi hilang. Tiada sesiapa atau apa-apa di sisi katilnya. Lega rasanya.
Mokhsin Maliki kembali menarik selimut menutup muka. Muncul semula kelibat bermata merah tadi di dalam selimutnya.
Mokhsin Maliki terkaku.
“Kan abang dah pesan tadi, kalau dengar, jangan pandang.”
Kelibat bermata merah itu bersuara. Mokhsin Maliki pengsan tidak sedarkan diri.

0 comments:

Post a Comment