afbcash Casino Online
Poker Online Jarawa Domino

July 17, 2019

Mitos Mengenai Gergasi Bota Di Perak

Bota merupakan sejenis makhluk yang dipercayai serupa dengan manusia tetapi tubuh badannya jauh lebih besar dan lebih tinggi seperti gergasi. Raksasa Bota ini dikatakan mempunyai gigi taring atau siung. Bota cukup terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebuah kawasan di Perak.
Mengikut kepercayaan masyarakat tempatan, Bota adalah makhluk besar dan hodoh yang menjelma dari dalam tanah. Nama kawasan ini dinamakan sebagai Bota bersempena dengan gergasi Bota yang dikatakan wujud di sini pada suatu masa dahulu.
Bota ialah sejenis makhluk gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyiannya pada waktu-waktu tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar. Disebabkan itu, kanak-kanak di kawasan ini sering ditakutkan dengan cerita gergasi Bota tersebut.
Kebanyakan masa gergasi Bota sering dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut cerita orang-orang lama di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri. Tempat kesukaan gergasi Bota termasuklah kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepi sawah padi di mana ikan puyu biasa ditemui

0 comments:

Post a Comment