afbcash Casino Online
Poker Online Jarawa Domino

July 2, 2019

Cerita seram lebih menakutkan berbanding bilik mayat

Sunyi, sejuk dan bertemankan mayat! Bunyinya menggerunkan tetapi bagi petugas Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), mereka sudah lali dengan suasana itu terutama pada waktu malam.
Tiada apa yang menakutkan mereka, malah giliran bertugas shif malam bermula jam 9 malam hingga jam 7 pagi dilalui seperti biasa tanpa ada perasaan ngeri seperti digambarkan orang ramai.
Jika ada, perasaan takut itu hanya pada minggu pertama mereka ditugaskan di jabatan berkenaan. Itu pun disebabkan pengaruh filem seram dan usikan orang sekeliling yang mendakwa bilik mayat itu berhantu.
Berdasarkan pemerhatian dan temu bual bersama kakitangan jabatan berkenaan, yang membezakan tugasan pada sebelah siang dan malam hanya suasana yang lebih sunyi pada waktu malam, selain hanya empat kakitangan bertugas iaitu dua paramedik dan dua pembantu perawatan kesihatan.
Malah, Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Abu Bakar Lajis, berkata bekerja dengan mayat lebih mudah berbanding pesakit di wad.
Beliau yang sudah 10 tahun ditugaskan di jabatan itu berkata, urusan mengendalikan mayat termasuk ketika proses bedah siasat adalah lebih mudah berikutan mayat 'tidak berbohong' ketika diuruskan.
"Ada segelintir pesakit gemar berbohong ketika menerima rawatan dengan menyembunyikan penyakit atau keadaan sebenar yang berlaku terhadap diri mereka. Ini menyukarkan pihak hospital untuk merawat dan memberi perkhidmatan sepatutnya.
"Berbanding mayat yang tidak bercakap, lebih mudah untuk kami di Jabatan Forensik bekerja dalam mengenal pasti punca kematian seseorang," katanya.
Ditanya sama ada wujud perasaan takut ketika bekerja di tempat yang dikatakan paling menyeramkan di hospital itu, Abu Bakar yang berusia 54 tahun hanya tersenyum dan menjawab `tidak'.
"Tidak dinafikan pada mula ditugaskan di sini pelbagai perkara mistik, cerita-cerita orang bermain di fikiran. Ditambah suhu bilik yang sentiasa sejuk menambahkan lagi suasana seram sejuk.
"Bagaimanapun, tanggapan itu tidak benar, kerana selepas lebih 10 tahun bertugas di sini tiada langsung perkara pelik atau misteri yang berlaku pada saya dan rakan. Malah, kami selesa dan adalah lebih baik jika tidak ditukarkan ke jabatan lain," katanya.
Justeru, beliau berkata, orang ramai perlu mengubah tanggapan negatif itu kerana tiada apa yang menakutkan di bilik mayat berkenaan. 
"Kisah hantu dan mistik itu tidak benar sama sekali. Ia hanya cerita rekaan semata-mata. Di sini bukan tempat untuk kita rasa takut sebaliknya tempat untuk kita menginsafkan diri dengan sentiasa mengingatkan diri kepada kematian," katanya.
Sepanjang 10 tahun berkhidmat, Abu Bakar mengakui ada beberapa kes kematian yang tidak dapat dilupakannya dan kes sedemikian kerap berlaku akhir-akhir ini.
PENOLONG Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Abu Bakar Lajis di hadapan Jabatan Perubatan Forensik. - Foto Nurul Shafina Jemenon
"Ada dalam kalangan anak-anak yang tidak mahu menguruskan jenazah ibu bapa mereka dan meminta hospital menguruskannya dari awal hingga akhir tanpa mereka melihat wajah ibu bapa buat kali terakhir.
"Paling menyedihkan, ketika ibu bapa mereka masih hidup, ada yang menghubungi kami dan bertanyakan sama ada kami boleh menguruskan pengebumian jenazah atau tidak," katanya yang turut mengakui golongan berpendapatan tinggi dan berpengaruh paling ramai berbuat demikian.
Menjelaskan dengan lebih lanjut tugasan pada shif malam, Pembantu Perawatan Kesihatan, Muhammad Faizal Ramli, berkata pada waktu malam, hanya dua kakitangan bertugas di dalam bilik simpanan mayat, yang memerlukan mereka berada di situ setiap masa bagi menguruskan mayat.
"Kami menanti maklumat dari kaunter pendaftaran. Jika berlaku kes kematian di wad, seorang daripada kami akan pergi mengambil mayat itu manakala seorang lagi akan menunggu di bilik mayat.
"Kami akan bergilir-gilir, seorang pergi ambil, seorang lagi sediakan peralatan untuk penyimpanan jika ahli keluarga mahu mengambil mayat keesokannya," katanya berpengalaman mengendalikan 10 mayat hanya dalam tempoh satu malam.
Penolong Pegawai Perubatan, Muhd Yunus Muhammad Nor, berkata tugasan setiap kakitangan di jabatan berkenaan pada waktu siang atau malam adalah sama.
Seperti tugasnya, mereka katanya perlu menjalankan proses pendaftaran, penyerahan mayat, pengeluaran dokumen, permit kubur dan pengecaman mayat bagi mengelak tertukar mayat.
"Selain membuat kerja di kaunter pendaftaran, saya dan pembantu perawatan turut diperlukan bagi proses bedah siasat. Sekiranya tiada urusan penyerahan mayat dan bedah siasat, saya bertanggungjawab memantau suhu peti simpanan mayat.
"Suhu yang diperlukan adalah antara dua hingga lapan darjah Celsius bagi mengelak mayat cepat rosak khususnya mayat yang perlu disimpan lama atas arahan dan kuasa mahkamah. Jika melebihi suhu dibenarkan, penggera akan berbunyi," katanya.
Muhammad Yunus, berkata walaupun hanya empat kakitangan bertugas dan seorang doktor (jika ada bedah siasat) pada waktu malam, kakitangan jabatan forensik lain juga akan dipanggil bertugas pada waktu malam jika berlaku kes besar yang membabitkan banyak kematian.

0 comments:

Post a Comment