afbcash Casino Online
Poker Online Jarawa Domino

June 22, 2019

Misteri Motosikal Tanpa Penunggang Di Jalan Jentayu Jeniang Kedah

Assalamualaikum. Ini adalah kisah benar yang pernah aku alami sendiri dan aku ingin berkongsi kisah tersebut dengan pembaca-pembaca setia kisahseram.com. Masih segar lagi di ingatan aku akan peristiwa seram itu yang berlaku pada bulan Oktober tahun 2010 yang lalu.

Ketika itu ada sebuah kem kokurikulum yang dijalankan di Kuala Sala, Simpang Empat, Kedah. Sepanjang kem kokurikulum itu berjalan, aku menjadi urusetia yang menguruskan p.a system. Jadi aku terpaksalah kena tunggu sehingga program berkenaan tamat barulah boleh balik. Malam itu program habis lebih kurang pada pukul dua belas tengah malam.

Sebaik sahaja habis mengemaskan peralatan p.a system tersebut, aku nak balik ke rumah aku yang terletak di Jeneri, Jeniang Sik Kedah. Pada mulanya aku bercadang nak balik ikut jalan Pendang tetapi aku membatalkan hasrat tersebut kerana jalan di kawasan itu gelap sangat tanpa lampu jalan. Tambahan pula aku pernah dengar cerita ada orang selalu tahan kat tengah jalan berdekatan kawasan Bukit Perak.

jalan gelap

Jadi, aku pun membuat keputusan untuk balik ke rumah ikut jalan Gurun. Sebaik sahaja sampai di Gurun, baru aku teringat akan kisah pontianak karaoke dan hantu susu tinggal batu nisan yang selalu orang cerita kat jalan Jentayu tu. Sudahnya, aku cuak sendiri. Namun sebab dah sampai pun kat kawasan Gurun tu, aku meneruskan perjalanan aku macam biasa sambil pasang radio kereta dengan volume yang kuat. Kononnya nak hilangkan perasaan takut.
Sampai sahaja kat jalan Jentayu, waktu itu lebih kurang dalam pukul satu suku pagi. Tiba-tiba aku ternampak sebuah motosikal. Apabila jarak kereta aku hampir dekat dengan motosikal tersebut, aku tengok motosikal itu tidak ada penunggangnya. Motosikal itu bergerak sendiri!!
motosikal
“Kena dah aku malam ni”, fikir aku dalam hati. Namun aku beranikan diri pasang lampu tinggi. Alangkah terkejutnya aku sebab rupa-rupanya motosikal itu ada penunggangnya tapi si penunggang itu tengah buat aksi superman. Jadi memanglah tak nampak penunggang motosikal itu. “Apa kejadah budak ni superman pagi-pagi?”, aku mengomel sendirian.
aksi superman
Apalagi, aku pun kasilah hon kuat-kuat sampai budak itu terkejut. Baru puas hati aku, disebabkan dia tak pasal-pasal kadar adrenalin aku naik. Sekian sahaja kisah benar aku di jalan Jentayu, Jeniang.
Kisah ini telah dikongsi oleh saudara Muhd Azim, salah seorang pembaca setia jawarahoror.com.

0 comments:

Post a Comment