Pada
Oktober tahun lalu, lebih 50 pelajar lelaki dan perempuan Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi diserang histeria secara tiba-tiba
mencetuskan suasana panik kepada guru dan pelajar. Kejadian kira-kira 9 pagi
itu pada mulanya menyerang kumpulan pelajar tingkatan empat yang menyebabkan
mereka meraung.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut, Nor Hisham Abdullah Sani berkata, histeria menyerang sekumpulan pelajar tingkatan empat kemudian berjangkit kepada pelajar tingkatan tiga dan lima. “Pengetua dan guru-guru bertindak proaktif dengan mengumpulkan semua pelajar ke dalam dewan untuk mengelakkan pelajar yang terkena histeria melakukan perbuatan yang membahayakan diri sendiri dan pelajar lain,” kata Nor Hisham Abdullah Sani..
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut, Nor Hisham Abdullah Sani berkata, histeria menyerang sekumpulan pelajar tingkatan empat kemudian berjangkit kepada pelajar tingkatan tiga dan lima. “Pengetua dan guru-guru bertindak proaktif dengan mengumpulkan semua pelajar ke dalam dewan untuk mengelakkan pelajar yang terkena histeria melakukan perbuatan yang membahayakan diri sendiri dan pelajar lain,” kata Nor Hisham Abdullah Sani..
“Semua
pelajar dan guru kemudian membaca surah Yasin untuk meredakan keadaan. Setiap
kali serangan histeria berlaku, seramai sembilan hingga 10 pelajar akan meraung
secara serentak. Namun semuanya kembali terkawal menjelang jam 1 petang,” katanya
lagi.
Kejadian jam 9 pagi tersebut didakwa berlaku selepas Majlis
Perbandaran Kajang menebang tiga batang pokok besar berhampiran sekolah
berkenaan. Pokok-pokok tersebut ditebang bagi memberi laluan kepada pembinaan laluan
pejalan kaki dan pintu gerbang kedua sekolah terbabit, menurut laporan itu
lagi.
Difahamkan,
pihak sekolah meminta bantuan daripada Pusat Rawatan Darussyifa’ di Bandar Baru
Bangi bagi mengadakan majlis solat hajat. Oleh itu, satu majlis solat hajat dan
bacaan yasin telah diadakan di sekolah tersebut pada hari Jumaat minggu
tersebut.
Terbaharu,
dikatakan terdapat insiden serangan histeria berlaku lagi di sekolah berkenaan
pada hari Rabu. Selepas terkena histeria, beberapa ibu bapa dan anak yang
terlibat telah datang ke pusat rawatan Darussyifa’ bagi mendapatkan rawatan.
Menerusi satu ‘posting’ di laman Facebook, terdapat seorang
individu yang mendakwa mendengar suara jeritan di sekolah itu dan memberi
gambaran mengenai kejadian yang berlaku. Bagaimanapun tidak dipastikan berapa
ramai pelajar yang diserang histeria, dan sama ada dakwaan itu daripada pihak
guru atau pelajar.
“Kecoh!! Kelam kabut!! Berpuluh pelajar diserang histeria!!
Jeritan nyaring macam pontianak bersahutan di sana sini. Bacaan ayat-ayat
Al-Quran dan suara azan berkumandang di seluruh kawasan sekolah,” memetik satu
‘posting’ di Facebook mengenai serangan histeria yang membabitkan lebih 50
pelajar itu.
Dilaporkan terdapat dakwaan yang mengatakan kejadian berlaku
selepas pokok besar berhampiran sekolah berkenaan ditebang. Bagaimanapun
menurut sumber, tidak dapat dipastikan sama ada kejadian berpunca daripada
pokok-pokok yang ditebang atau berpunca dari tekanan para pelajar yang bakal
menghadapi peperiksaan.
0 comments:
Post a Comment